Tuesday, May 26, 2015

Tips jaga kulit dengan sihat and sempurna!

Ok kali ni qila saja je nak share on how to get perfect skin. Siapa taknak kulit muka yang sempurna kan? Lagi lagi kita ni haaaa. Uish nak aje hihi. Tak guna kulit muka cantik tapi tak sihat. You nak tak kulit yang lembut, sihat dan cun? So here's some tips ikhlas dari Qila hee.

1. Jaga lah diri sendiri. Love yourself. Anda begitu berharga. Gitchewww.
Siapa lagi nak jaga diri kita melainkan kita sendiri. Betul dak? Hihi.
Kita bukannya artis Hollywood Bollywood bagai yang ada manager tolong semua benda.
Ada makeup artis untuk apply and buang make up kita. Nak cuci rambut kita errr.
To be honest memang serious lah tak mampu nak gi facial tiap tiap hari. Sekali setahun pun tidak (untuk qila lah) hihi.

Kawan qila dia cuci muka 5 kali sehari (like seriously setiap minggu dia beli pencuci muka baru omg) hhaahah. Tapi beragak lah kan hahaha. Bila ambik air wudhu' tu pun qila rasa it's enough eheh. Doa banyak banyak nak muka sihat hihi.

2. Hapuskan eyebags!
Jangan biar eyebags tu wujud, cuba lah tidor awal. Orang kata jangan minum air before tidor. Nanti air tu bertakung dekat mata ekeke. Mcm peliks je tapi tak kisah lah. Minum sejam before tidor banyak banyak sampai nak terkencing. Haa. Kalau ada jugak eyebag tu... You might wanna try these tips............
  • Ha letak lah timun walaupun 50-50 je tu hehe. 
  • Takpun letak ais ke, benda sejuk lah.
  • Last option, letak uncang teh hehe. Jangan letak gula pulak hahaha. 
  • Lasttttt. hehe. Pakai collagen eyemask je weh. Haha. 
  • Takpun beli yang Garnier punya roll tu eh hiks.
3. Exfoliate! (apa tu omg)
Yes it means to get rid off dead skin. Contoh nya kita buat face scrub! And kita dapat rasa yang bebola/bebatu/beads/pasir tu scrub dekat muka kita untuk buang sel sel mati tu kan. Kalau rajin. ((sila rajinkan diri ye)) Scrub lah muka kita at least seminggu sekali to exfoliate our skin. Okidokie?

P/s: Make sure if you buy a exfoliation cleanser that it's gentle and a trusted brand as some exfoliation creams can be too harsh and damage your skin.

4. Buang lah make up tu.
Hehehee. To those yang pakai make-up jangan lah lupa nak buang make-up. Seriously. Pakai make-up rajin. Cuci tak rajin? Hew. I mean cuci leklok. Dont left any residue there okkkkkkk.
Kalau malas nak buang make-up? Takyah pakai make-up macam qila. EH.

5. Cuci spek mata tu. O-O
Awak awak yang rabun jauh dekat silau yang pakai spectacles tu lap lap jugak spek tu.
Kang ada kuman dekat situ. Pastu kuman tu jatuh dekat muka. Pastu................

6.CONTROL STRESS ANDA.
Yes yes. Ni memang paling penting untuk qila lah. Tak tahu lah untuk orang lain kan.
Untunglah kau kalau stress tak tumbuh jerawat. Hihi. Qila memang takleh stress.
Kalau stress gila. Simpan dalam hati sensorang. CONFIRM seketul jerawat timbul waduh waduh.
Dah banyak kali qila kena ni tau.
Bila dah tumbuh baru lah nak menyesal kenapa lah aku stress kenapa aku tak relax ugh ugh ugh oh tidak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

So, JANGAN STRESS STRESS. HIDUP HANYA SEKALI. KITA ENJOYYYY.
You only live once. Life is too short to wakeup with regrets.
Love the people who treat u right,
& Forget the ones who dont!
Believe that everything happens for a reason.
If u get a chance - take it.
If it changes your life - let it.
Nobody said life would be easy
they just promised
i would be WORTH it.
Manage stress. Set limit untuk stress. Stress jangan bebanyak. Sikit sudah.
Tengok balik to-do list kita nak kena buat apa je. Selitkan lah sikit activity yang kita enjoy buat.
Jangan stress memanjang lah. Confirm muka berseri seri je.

7. Diet yang sihat.
Makan sayur, dengan buah banyak banyak. Makan makanan yang sihat lah.
Google apa itu makanan sihat. Malas ah nak tulis pepanjang benda semorang tahu ekeke.

P/s : The association between diet and acne isn't clear — but some research suggests that a diet rich in vitamin C and low in unhealthy fats and processed or refined carbohydrates might promote younger looking skin. *wink*

8. Jangan mandi lama lama.
Limit bath time -- Hot water and long showers or baths remove oils from your skin your skin needs.

9. Jangan merokok.(duh)

10. NI BUKAN UNTUK JADI CANTIK.
Kena paham eh konsep ni. Hehe. It isn't just about good looks! It's about getting the perfect skin ok?Ok sorry for the long entry. Moga kita semua dikurniakan kulit yang superb oleh yang maha esa.
Bila dah dapat tu, jaga lah elok elok. Jangan di sia sia kan. and hey. Last but not least....

YOU'RE BEAUTIFUL. JUST THE WAY U ARE! xoxo
and yes, we are sooo much more than our skin! :)

May allah shower His blessings to us :D wiwiwiiii ambik air wudhu' bebanyak pun ok! And haritu qila ada baca. Kalau kita basuh muka lebih 5 kali sehari mesti tak depressed uhuhu. It's proven la yg Islam ni pembersih n da best dot comz!

***************PENAMBAHAN TIPS HEEHEHE****************
CREDIT TO HANISZALIKHA
Hehe. Best sangat tips Keknis kita ni. Dari atas sampai bawah ha.

WAJAH
Toner/penyegar merupakan bahan terpenting dalam satu 'skin regime'. 
Toner/penyegar berfungsi untuk menutup liang roma anda. Sebelum skrub muka, harus menutup liang roma dahulu, untuk mendapatkan pengelupasan sel kulit mati yang optima.
Sebelum bersolek juga harus tutup liang roma dahulu untuk mengelakkan make up termasuk ke dalam liang roma dan menyebabkan ianya kekal di situ hingga bulan depan. Eh maksud saya, untuk mengelakkan liang roma tersumbat dan menambahkan jeragat.

SEBELUM PAKAI PELEMBAP JUGA HARUS PAKAI TONER KERANA PELEMBAP HANYA PATUT BERADA DI PERMUKAAN KULIT, TIDAK PATUT DISERAP OLEH KULIT.

Secara kronologinya begini:
  1. Cuci muka dengan pencuci muka dan bilas.
  2. Pakai toner/penyegar.
  3. Skrub muka menggunakan facial skrub yang ada jojoba beads.
  4. Cuci muka dengan air.
  5. Pakai toner lagi.
  6. Pakai mosturizer/pelembap.
  7. Mula solekan!
Kening harus sentiasa dijaga rapi untuk menonjolkan mata, bentuk muka dan hidung anda.
Skrub muka 3 kali seminggu.
Tidur awal. Ini bukan sahaja merehatkan kulit, tetapi telah menambah ketinggian kepada saya dan ramai rakan tinggi saya. (Kecuali anda dah cecah umur tumbesaran sudah berhenti).
Lindungi wajah dari matahari. Paling penting, sebab jikalau kulit diabaikan dan terdedah kepada pancaran matahari, memang muka cepat kering seterusnya berkedut dan berbintik hitam. Cara lindungi: Pakai bedak asas ikut ton warna kulit anda. Sunscreen tipu jangan pakai.


RAMBUT
  1. Cuci selang sehari, bukan hari-hari, untuk mengelakkan rambut kering dan rambut senang gugur.
  2. Jangan kedekut untuk lumur conditioner/perapi rambut setiap kali cucian. Lumur banyak-banyak tetapi elakkan bahagian akar rambut, kerana minyaknya boleh menyebabkan rambut cepat gugur.
  3. Tabur bedak talkum di bantal sebelum tidur. Untuk rambut wangi dan tidak berminyak esok hari! Dilarang tabur di rambut selepas bangun dari tidur, sebab ia tidak ada masa untuk sebati, maka akan kelihatan seperti anda mahu berlakon tua dalam sketsa depan kelas, atau anda pengeluar terbesar kelemumur.
  4. Jangan ikat rambut atau pakai tudung ketika rambut masih basah.
  5. Lindungi rambut dari terik mentari.

BADAN
  1. Beli 'body scrub' dan skrub kulit yang kusam. Yang orang paling selalu terlepas pandang ialah keperluan meng-skrub siku dan lutut!
  2. Buat bicycle kick sebelum tidur untuk kaki cantik. Maaf tiada video demonstrasi ya.
  3. Memakai kasut sepatu tinggi sebenarnya banyak membakar lemak kerana otot-otot yang terpaksa digunakan untuk menstabilkan badan.
  4. Jangan cukur bulu ketiak kerana ia akan menggelapkan kulit di bahagian tersebut. Sebaiknya pergilah wax. Kesakitannya setimpal dengan keputusan akhir. Memang berbaloi (tagline Kamdar).



8 comments:

  1. Tips yang sangat menarik.. thanxs

    ReplyDelete
  2. dan ianya adalah salah satu cara untuk awet muda sebenarnya... mishhh you lalink...

    ReplyDelete
  3. Nice tips, qila... Part malas cuci makeup tu kena kat batang hidung sendiri. Hehe.

    Have a nice day!

    ReplyDelete
  4. Akak ada eyebags tapi mungkin sebab banyak sangat toxins dalam badan kot. hahahaha.

    ReplyDelete
  5. Pada yg tak mekap mcm kak Gee ni, selamatlah sikit kan.. cuma kena rajin bersihkan muka, jaga makanan & selalu bersenam..

    Tapi stress memang tak dapat nak elak qila... Huhuhu

    ReplyDelete
  6. Terimakasih tipsnya, sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  7. yg jangan mandi lama tu baru tau. yela sya suka sgt mandi lama πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ and yes sgt setuju dgn point pasal stress tu. bila stress, muka mulalah nak bekerut 10 ribu so mmg kena avoid gila ah yg ni hehe <3

    lama tk datang sini btw!

    ReplyDelete

Hi. Do leave me a comment.
Your comment is highly appreciated. Seriously☺!!