Wednesday, February 25, 2015

5 Jenis Individu yang TAK PATUT dijadikan kawan

Hm kita kawan dgn kucing jelah hikhik. Ok jom baca!
1) SI TIKAM BELAKANG
Anda harus berhati-hati dengan individu seperti ini. Bersahabat dengan individu yang mempunyai sikap sebegini sangat berbahaya. Dia bukan sahaja berani bercerita tentang keburukan anda pada orang lain. Malah dia juga mungkin akan berani ‘sabotaj’ atau lakukan pekara yang buruk terhadap anda. 
2) SI KUAT BERKIRA
Anda mungkin akan anggap itu pekara biasa dan simple, tetapi percayalah, mempunyai sahabat yang kuat berkira akan membuatkan anda tidak selesa bersamanya dalam tempoh yang lama. Bila bergaduh, mereka adalah individu yang paling banyak ‘peluru’ untuk ‘menembak’ anda. Semuanya akan diungkit. 
3) SI BISKUT
Kejap ada, kejap tak ada! Sahabat seperti ini sebenarnya bukanlah sahabat yang sejati. Mungkin anda sahaja yang menganggap dirinya sahabat tetapi dia tidak. Individu seperti ini selalunya akan ada di waktu gembira namun di waktu anda memerlukan teman, dia akan memberikan pelbagai alasan. 
4) SI KAKI KOMEN
Individu yang suka menabur komen sering dikaitkan dengan individu yang tidak pernah bersyukur dengan apa yang dimiliki. Mereka selalunya dikawal oleh perasaan negatif berbanding positif. Fikirkan sejenak, jika dia berani komen tentang pekara atau orang lain, tidak hairan jika dia juga berani mengata tentang anda. 
5) SI PENGADU MASALAH
Ada juga individu yang hanya akan mencari anda saat dia susah dan perlukan bantuan. Perlu di ingat ya, fungsi sahabat adalah untuk bersusah dan senang bersama bukannya susah sahaja. Nampak sangat si dia cuba mengambil kesempatan ke atas anda.
Ini adalah 5 Jenis Individu Yang Tidak Sesuai Dijadikan Sahabat. Untuk mendapat sahabat yang baik, terlebih dahulu anda perlu menjadi sahabat yang baik dan tidak tergolong dalam mana-mana kategori yang disenaraikan.



Entah lah, dekat uni ni memang ramai lah senanya these individu haih. Sedih. Qila mungkin termasuk sekali lah kot :( imma bad friend.... so yes. I chose Pip & Umi jelah to be my bffl heehee~ 

P/s: Penat. Minggu ni memang sumpah penat. Macam takleh balik rumah je. Bayangkan.
2 group project ; 1st nak buat talk about biz alhamdulillah almost 60% settled.

And second project is Trip to HKL nak visit ward kanak kanak yang sakit T_T
Tak lama weh tak lama lagi eii. Memang super busy. should-do-notes menggunung.
Quizzes, assignments T_T

Chaiyuk! Harap next sem qila chill lah sikit hiks sebab sem ni ambik 5 subject.
Sem depan 4 subject je wihi~ but still TT_TT the pressure, the stress. Mashaallah T_T

17 comments:

  1. kena pandai pilih kawan kann ^^ try to be the best friend ever :D

    ReplyDelete
  2. No 2 paling akak tak tahan..tak mau tak mau..sebab orang yang berkira ni dia suka ambik kesempatan tapi hak dia kedekut ya amat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, kalau dkt uni ni kan kak...
      Ala biasa ah kan terlupa bayor duit makan huhu sbb takde duit kecik pastu sempat lagi berkira kira sen sen tu semua ha. Patut halal kan jelah kan haih~ </3

      Delete
  3. memnag betul...ada jugak kawan mcm tu..so hati hati pilih kawan.sy paling takut kawan yang tika belakang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. uh itu ya allah nauzubillah T_T

      Delete
  4. All the best untuk Qila.. :")

    ReplyDelete
  5. ermm susah nak cari kawan yg sejati ni kan..

    ReplyDelete
  6. Minta dijauhkan la dari dapat kawan-kawan camtu.On the other hand, pengalaman dengan kawan-kawan macam tu makin mendewasakan juga kan.
    Singgah entry saya gak ye. TQ

    ReplyDelete
  7. semua tu ada dalam list sahabat kak sally...bukan tak nak elak...tak boleh elak...

    ReplyDelete
  8. Hmm.. Tak tahu macam mana nak cakap dengan kawan2 yang jenis begini. Kadang2 mereka rasa macam biasa saja sebab memang sifat2 tu semua dah sebati dalam diri. Jadi, mereka tak akan rasa benda tu salah. Apa2pun jangan percaya dan berharap lebih2 dengan kawan2..

    Oh kak qila, all the best for you! May Allah ease everything for you and me too! Hehe, selit doa untuk diri juga. Kikiki.. :D

    ReplyDelete
  9. semoga kita diberikan sahabat yang baik-baik saja :)

    ReplyDelete
  10. Sebab tu kita kena pandai pilih kawan :)

    ReplyDelete

Hi. Do leave me a comment.
Your comment is highly appreciated. Seriously☺!!