Saturday, July 19, 2014

4 JENIS BUTIK BAJU KURUNG PILIHAN ANDA


4 JENIS BUTIK BAJU KURUNG PILIHAN ANDA
Hi semua!!!! So....
Sempena Syawal yang bakal menjelang tak lama lagi, 
mesti perkhidmatan tempahan menjahit dah tak diterima lagi. 
Rata - rata butik hanya menawarkan koleksi baju kurung siap 
yang juga boleh anda temui dalam pelbagai pilihan dan rekaan.
Entri kali ini special sikit ok sebab.....
Kita akan membincangkan mengenai jenis-jenis butik baju kurung yang 
boleh kita temui di Malaysia!!!! Wiwiwi

 Special untuk uolls (& myself too) yang tak sempat menempah baju raya &
ingin membeli sepasang baju kurung siap, 
oh please make sure you read this entri sampai habis 
untuk memudahkan proses pembelian anda! :D

Terdapat beberapa jenis butik atau destinasi fesyen untuk anda menemui pelbagai koleksi baju kurung yang super cantik & menawan. Baju kurung merupakan pakaian yang paling diminati oleh masyarakat di Malaysia tak mengira bangsa. Pakaian 'Tradisional' ini dipakai bila sambutan Hari Raya, majlis - majlis rasmi, pergi class (for students) & almost everywhere!
Senang cerita, boleh pakai baju kurung ni like all the time kan heee~
Jom kita tengok jenis-jenis butik baju kurung tadi :

1. Butik Pereka Fesyen (Eksklusif)
Industri fesyen tanah air sememangnya meriah dengan koleksi baju kurung yang direka khas oleh pereka-
pereka fesyen untuk sambutan Hari Raya 2014. Setiap rekaan adalah eksklusif dan menggunakan fabrik yang berkualiti. Diantara pereka- pereka yang menampilkan koleksi baju kurung moden yang terbaik untuk tahun ini adalah Jovian Mandagie, Rizalman, Melinda Looi, Hatta Domat, Syomir Izwa dan ramai lagi.

2. Butik Jenama Pakaian


Jenis butik yang seterusnya adalah butik jenama- jenama pakaian Muslimah seperti First Lady, Gene Martino, Zuco Fashion dan lain- lain. Butik- butik ini lazimnya hanya menawarkan koleksi pakaian Muslimah atau pakaian tradisional kepada para pelanggan. 

3. Butik Jalanan (Bazar / Pasar Malam)

Seterusnya adalah butik jalanan atau bazar pakaian yang juga boleh anda temui di lokasi - lokasi tertentu di ibu kota seperti Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, PKNS Shah Alam dan Uptown Danau Kota. Apa yang menarik mengenai butik jenis ini, biasanya anda boleh tawar - menawar untuk dapatkan harga yang lebih murah.

4. Butik Online
Pilihan yang terakhir adalah butik online dimana segalanya anda lakukan melalui online! Just click click je kan hihihi. Daripada proses pemilihan, pesanan hinggalah pembayaran, everything secara online. Apa yang membezakan butik jenis ini dengan butik - butik yang lain, butik online menawarkan perkhidmatan penghantaran  pesanan terus ke rumah anda.  So dah jimat masa dah kan dekat situ wiwiwi. Pilih je yang mana yang kita nak and kachink! Sampai rumah hehehe.
Jadi, apakah jenis butik baju kurung pilihan anda? Jika anda mahu mencuba terlebih dahulu sesuatu pakaian sebelum membuat pembelian, butik ‘virtual’ atau butik fizikal merupakan pilihan yang ideal untuk anda. Tetapi, jika anda sentiasa sibuk dan tak suka meredah kesesakan lalu lintas, butik online pastinya pilihan yang terbaik. 

Oleh itu, untuk koleksi baju kurung online yang menawan  dengan harga yang berpatutan, lawati laman web ZALORA Malaysia hari ini juga!!!!!

Happy fasting and happy shopping ye ~

P/s : Qila tengah nak shopping dekat ZALORA juga YAYYYYY.  Sebab takde masa nak gi shopping jenjalan hehuhehuehuhhihi. 

11 comments:

  1. Akak pakai je baju lama. Tsk tsk tsk

    ReplyDelete
  2. I don't even know how I ended up here, but I thought this post was good.
    I don't know who you are but definitely you're going to a famous blogger if you are not
    already ;) Cheers!

    My website :: Kulucka Makinasi

    ReplyDelete
  3. Bagus nih qilah. Perkongsian utk org2 yg bizi tak sempat menyempat mencari.

    ReplyDelete
  4. Shopping kat zalora pun okay gak especially kalau tak sempat nak keluar pergi beli..hehehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. ada jugak butik no 5.... iaitu butik kitar semula baju raya 2-3 thun lepas... hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sokong budak laki ni. ahahaha. :) sep skit sapa yg pakai baju raya lama. *bdak laki selalu gitu je. sonang. :)

      Delete
  6. semua menarik..tapi nak dekat raya ni memang tak dapat shopping online..so beli je la mana yang dekat tu :)

    ReplyDelete
  7. salam. singgah sini sebelum bercuti raya esok hehe

    salam jumaat & selamat hari raya serta salam kosong kosong hee ^_^

    ReplyDelete
  8. baju kat butik online biasanya lawa2 n murah2 heeheh ^^

    ReplyDelete
  9. hehe. PG tak beli apa lagi tau.
    legen! pakai baju lelama . hehe

    ReplyDelete
  10. Amboi shopping sakanlah xD

    ReplyDelete

Hi. Do leave me a comment.
Your comment is highly appreciated. Seriously☺!!