Friday, January 10, 2014

Kisah Imam Malik dengan Si Pemandi Mayat

Assalamualaikum! Goodmorning semua hihiks. Haa mesti terkejut kan. Ini kisah...
Tangan Si Pemandi Mayat Terlekat Di Kemaluan Si Mati. Jom baca meh.

Pada zaman Imam Malik, terdapat seorang wanita yang sangat buruk akhlaknya.
Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki.
Sehinggalah tiba pada hari kematiannya, ketika dia dimandikan oleh seorang wanita
yang memang kerjanya memandikan mayat, tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu
terlekat pada kemaluan mayat wanita itu.

Semua penduduk dan ulama' gempar akan hal itu.
Mana tidaknya, tangan si pemandi mayat terlekat sehingga
semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya
dari mayat wanita terbabit. Terdapat 2 cadangan
untuk menyelesaikan masalah itu.
Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayat tersebut
dan kedua tanam kedua-dua wanita itu sekali gus.

Akhirnya, mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik.
Imam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa.
Pernah ada satu ketika, Imam Malik mendapat 40 pertanyaan,
tetapi yang dijawabnya hanyalah 5. Ini menunujukkan akan berhati-hatinya
dan betapa sensitifnya beliau dalam isu agama.
Imam Malik bertanya kepada wanita si pemandi mayat itu bahawa
adakah dia berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya.

Wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada mengatakan
kepada si mati sewaktu membersihkan tubuhnya:

"Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina"

Imam Malik berkata "kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina)
pada wanita tersebut, sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi.
Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan
kerana tidak mendatangkan saksi."

Selepas wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman 80 sebatan
maka terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.

Oleh itu, kita hendaklah sentiasa menjaga lidah kita. Jangan sembarangan
membuat fitnah atau bersangka buruk dengan orang lain.
Kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya..
Moga bermanfaat dan sama2lah memperbaiki diri. InsyaAllah.

Wallahua'lam

cc: syeikh mursyid zubir

So. Pengajarannya apa?

Jgn fitnah. Jgn bersangka buruk!!! :D Hehe. Besok balik kerja awal sebab Boss nak gi balik kampung yay!!!! Hihihihi bestnya kerja~
And cuti raya cina nanti aku cuti 2 hari je.... Patah seribu hati ku.....

Hehe. Anything else? Share share lah hihi.

12 comments:

  1. MashaAllah.. mendalam peringatan dlm cerita ni. Jngn sesekali kita menghukum sesaorang tu ikut suka hati kita.. berat kesalahannya.. nauzubillah..
    5x ikea sini.. :D:D

    ReplyDelete
  2. sesungguhnya berat dosa menfitnah..nice sharing Aqila :)

    ReplyDelete
  3. kita punya raya cina cuti seminggu! jeles tak? :P

    ReplyDelete
  4. MasyaAllah, betul sangat tu kak qila. Jangan sangka buruk dan jangan fitnah orang kalau tak tahu kesahihannya.. :)

    ReplyDelete
  5. MasyaAllah, betul sangat tu kak qila. Jangan sangka buruk dan jangan fitnah orang kalau tak tahu kesahihannya.. :)

    ReplyDelete
  6. laaaa.. ok apa cuti 2 hari tu... hihihi

    ReplyDelete
  7. bahaya menfitnah...ish3xxx

    ReplyDelete
  8. Erk, first time dengar cerita ni qila.. sadisnya. buat kak gee jadi takut. sebab kadang-2 mulut ni laju je cakap, tak ingat dosa pahala.. ish..

    cuti kak gee pon pendek je. don't be sad okeh. cuti raya cina je pon, bukan raya puasa.. hehe..

    huhu... (':

    ReplyDelete
  9. nice sharing qila.. kerje elok2 ye.. ;))

    ReplyDelete
  10. i learned somethg from this post. thank you. hehe.

    love.

    ReplyDelete
  11. sesungguhnya fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh..kita sll jugak lepas kata..huhu..nice sharing qila...

    akak pun cuti 2 hari je..nanti nak claim ang pau dgn boss la!hihi

    ReplyDelete
  12. thanks qila kerana mengingatkan.. sentiasa bersangka baik and positifkan diri. hehe

    ReplyDelete

Hi. Do leave me a comment.
Your comment is highly appreciated. Seriously☺!!